Linkin Park widget

Saturday, April 18, 2009

Piala FA : Penentuan di Wembley

Petikan dari KOSMO! 18 April, 2009

LONDON - Chelsea tidak mahu kecewa lagi. Musim lalu, skuad The Blues gagal menjulang sebarang trofi meskipun layak ke final Piala Liga dan Liga Juara-Juara. Tambah mengecewakan apabila mereka gagal dalam perebutan gelaran juara Liga Perdana England kepada Manchester United. (Yehh..aku sokong, aku benci Man U!!)

Lantas pemain tengah Chelsea, Michael Ballack menegaskan, mereka tidak mahu perkara tersebut berulang musim ini bermula dengan pertemuan separuh akhir Piala FA bertemu Arsenal awal pagi esok. (hehehe..goyang la tu)

"Pasukan ini dahagakan kejuaraan selepas kami hanya muncul sebagai naib juara sebanyak tiga kali musim lalu. Kami bukanlah pasukan yang banyak memenangi kejuaraan lampau jika dibandingkan dengan Liverpool. Tetapi kini kami sudah menghidu kejayaan, kami semakin mendekatinya," kata Ballack.

Pertemuan menentang Arsenal awal pagi esok pasti menjadi peluang terbaik buat Chelsea membalas dendam kekalahan 1-2 kepada skuad The Gunners itu pada aksi liga di Stamford Bridge awal musim ini. (Bagus-bagus, semangat kene ade)

"Kami mahu tunjukkan kepada Arsenal bahawa kami boleh menundukkan mereka selepas apa yang berlaku sebelum ini. (Hahaha...tunjuk la dulu, pastu belakang citer)

"Pada perlawanan itu, kami menguasai permainan sehinggalah mereka menjaringkan gol yang sememangnya jelas ofsaid. (Ayat seorang loser hahahaha)

"Layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara sememangnya telah memberikan kami tahap keyakinan yang tinggi untuk berdepan perlawanan penting ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Ballack mengakui Arsenal mempunyai skuad yang baik, namun kadangkala skuad bimbingan Arsene Wenger itu berada pada prestasi tidak menentu. (Fakta dan auta)

"Sebab itulah mereka (Arsenal) tidak berada pada kedudukan teratas liga. Tetapi kami harus ingat, apabila mereka bermain pada tahap terbaik, mereka akan pamerkan corak permainan bola sepak yang cukup menarik," kata Ballack. - Agensi (Ayat timbal balik)

P/s: hmm aku rase Arsenal sangat kuat lately (Aiman xkesah)

No comments: