Linkin Park widget

Sunday, March 22, 2009

Aku di ganggu lagi

Sejak kebelakangan ini, aku sering di ganggu oleh seekor makhluk kecil. Ia sering mengganggu ku bila masuk nya waktu senja dan membawa ke malam. Makhluk tersebut sering menghuni di kawasan dapur ku hingga kan urusan ku di dapur menjadi terbantut. Sampai sekarang aku mendengar bunyi nya seakan-akan mencakar sesuatu. "Arrggghhhhh!!! xboleh ke ko xkaco hidup ku lagi!?? Bang!!". Keadaan memjadi reda apabila aku menyepak dinding di bilik ku.

Aku tidak tahan akan gangguan mahkluk tersebut menyebabkan minggu ini aku jarang ke dapur untuk memasak nasi. Tapi petang tadi aku tidak tahan lagi akan gangguan tersebut di sebabkan perut ku berasa lapar lantas aku memulakan upacara bagi menghalau mahkluk tersebut dari dapur ku seterusnya tidak menggangu hidup ku lagi.

Aku bukan lah seorang 'pawang', bomoh, dukun, mahu pun Dr Seekers. Tidak perlu lah botol bagi bertujuan menangkap makhluk hodoh tersebut. Aku hanya menggunakan materials yang datang nya dari unsur alam seperti kayu-kayu yang terdapat di bilik ku bagi manghalau makhluk tersebut dari menggangu ku lagi. Ritual ku bermula apabila bahan-bahan tersebut telah siap aku sediakn. Aku memulakannya. "Nah! amek ko! jangan ko ganggu aku lagi". 3 tempat aku pagari di mana merupakan laluan kebiasaan nyer dengan menggunakan kayu tersebut di lubang paip besi bergalvani yang menghubungkan dari tingkat atas dan bawah dapur ku. "Hahahahaha!! You cannot escape anymore"

Kedengaran lagi bunyi die mencakar-cakar kayu tersebut. "BANG BANG!! diam la weh, pi la maen jauh-jauh. Jangan kaco aku lagi, aku nk masak ni doh". Plan B seterusnya, aku akan mendapatkan semburan serangga perosak bagi menghalaunya. Errr semburan haiwan perosak ade ke?? ke aku kene pakai jebak jugak. Haha lantak la, tu plan B aku nanti.

Yang kejam,

Pemburu tikus

No comments: