Linkin Park widget

Tuesday, March 3, 2009

Perjalanan ku bermula di sini

Aku seorang yang membosankan. Pagi-pagi ku di mulakan dengan senaman simetri di atas katil (bukan teknik kagel) yang ku pelajari dari DMFK berfungsi bagi meningkatkan perjalanan oksigen ke otak seterusnya membuatkan badan ku terasa segar. Langkah ku perlahan menuju ke bilik air berkepitkan berus gigi di gigi bagi menunaikan tugas yang wajib sebagai seorang manusia. Beralaskan 5 keping roti gardenia yang di sapu dengan mayonis tesco cukup untuk aku mengalaskan perut bagi hidangan sarapan pagi. Kini aku bersedia untuk ke destinasi selanjutnya iaitu ke kelas. Perjalanan ku bermula apabila suis lagenda ku di hidupkan dengan sekali tendang. Pemanasan enjin lagenda ku hanya memerlukan 3 kali rem yang cukup untuk memekikkan warden ku di tingkat bilik yang bawah. Aku ke kelas dengan penuh ceria apabila memerhatikan keindahan dan gelagat manusia apabila melintasi bus stop-bus stop sepanjang perjalananku. Dengan kelajuan 80km/j aku melayan selekoh FSPU sambil di perhatikan gadis-gadis pagi yang berjalan ke kelas (Selamat Pagi!!). Port parking lagenda ku tidak laen tidak bukan berada di bawah pokok yang kini menjadi favorite untuk rider-rider yang laen. "hmm aku kene cari pokok baru la nii". Dengan keadaan messy apabila membuka helmet, aku menurunkan jaket ku seraya dengan semangat yang baru aku mengatur langkah menuju ke kelas. GAMBATTE DESU NE!!

No comments: