Linkin Park widget

Friday, March 6, 2009

First trial of *cekodok

Semalam, barang-barang keperluan ku semakin berkurangan. Aku terpaksa membuat list barang-barang keperluan yang akan ku belikan nanti. Destinasi bajet seterusnya merupakan pasaraya tesco di mana lokasi nye terpaksa di rahsiakan oleh penulis. Lagenda ku membawa ku ke destinasi secara automatik tanpa banyak kerenah dalam keadaan hujan renyai . Sesampainya aku di sana aku membeli barang-barang dan terus belah. Tapi mestilah kene bayar dulu beb. Salah satu item barang ku merupakan tepung gandum cap sauh yang akan menjadi perbualan untuk tajuk hari ini. Perjalanan mengambil masa selama 1jam setengah untuk ku sampai ke rumah ku. (1jam adalah masa bagi membuat penilaian oleh penulis untuk membuat keputusan membeli barang. Menjadi lumrah bagi penulis mengambil dan meletakkannya semula di tempat asal atau pun yang di capai. Ini kerana penulis merupakan seorang yang sangat teliti bagi membuat keputusan berdasarkan logo cop halal, expiry date, attraction, amoi salesgirl, bar code, quality and quantity dan sudah tentu lah harga nya). Tepat jam 8.15pm aku memulakan operasi bereksperimentasi membuat cekodok*. Bahan utama yang diperlukan ialah tepung gandum, air suam, dan aksesori tambahan seperti ikan bilis, bawang putih, bawang kecik, garam, kentang dan sedkikit seasoning untuk menambahkan selera. Bahan tersebut mestilah di campur dan di gaulkan kan bersama dan memerlukan air suam yang bertindak sebagai admixture. Dengan penuh ego nya sesudah kuali ku panas, aku membonjot satu persatu cekodok ku ke atas kuali. Sedikit aneh berlaku di sini apabila cekodok ku kelihatan ganjil apabila ianya tidak menjadi seperti cekodok ibu ku. Lebih parah lagi cekodok ku tidak dapat membuat ikatan untuk bertukar menjadi cekodok yang pejal. Kini cekodok ku bertukar seakan-akan lempeng yang di panaskan di atas kuali. "Alamaaaak, fail cekodok aku niii". Aku terlalu buntu memikirkannya, lantas membuat investigation terhadap campuran cekodok ku. Tidak laen tidak bukan, admixture yang di gunakan tidak mengikut piawaian yang di tetapkan. Aku cube mengaplikasi kan subjek construction technolgy ku di dalam praktis. Ternyta admixture yang tepat adalah 1:3, tidak termasuk sand,aggregate and lime (GILER KO nk mkn bende alah tu!). "Heheheh, aku xmungkin silap kali neh.." Percubaan kedua ku membuahkan hasil apabila cekodok ku menjadi pepejal seperti cekodok ibu ku. Tapi agak malang kerana aku hanya berjaya membonjot 6 ketul cekodok untuk hidangan dinner kerana selebih nya telah ku bazir kn menjadi lempeng-lempeng semasa first trial tadi. Lebih menakutkan lagi, aku tidak dapat mewarisi kepakaran ibu ku dalam membonjot cekodok ku menjadi bulat, malahan cekodok ku kelihatan agak melucukan kerana ianya lebih menyerupai batu baur kasar yang tidak bersemiteri permukaan nya. Dengan lafaz bismillah aku menikamati hidangan 6 ketul cekodok ku bagi hidangan malam. "huhu kene masak maggie la jawabnya..". The end..

*Cekodok
Cekodok atau name santifiknya nya cucur, tidak kira lah cucur udang, cucur ikan bilis ataupun bermacam lagi jenis cucur bergantung kepada ramuan aksesorinya. Family ku memanggil nya dengan name cokodok adalah kerana ianya mungkin merupakan name tradisi yang di warisi oleh nenek moyang ku. Ianya merupakan sejenis makanan yang boleh di makan dan selamat untuk dimakan.

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Yagami said...
This comment has been removed by the author.